Pages

Istana Alhambra – Granada, Spanyol

Istana Alhambra – Granada, Spanyol


Image result for Istana Alhambra – Granada, Spanyol
Terletak di Granada, Andalusia, Sepanyol, Alhambra juga dikenali sebagai ‘mutiara di dalam zamrud’ merupakan sebuah istana dan kubu yang menggambarkan seni bina Islam terkenal dan merupakan tarikan utama pelancong di Sepanyol.
Bangunan ini pada asalnya dibina sebagai istana kecil pada 889 AD di atas sisa tinggalan kubu Rom dan dibina semula pada pertengahan abad ke-13 oleh Nasrid emir Mohammed ben Al-Ahmar dari Granada. Bangunan ini kemudiannya diubah menjadi istana pada tahun1333 oleh Yusuf I, Sultan Granada. Istana ini dijadikan kubu ketenteraan kerana kedudukannya yang sesuai untuk memntau keseluruhan kota.
Alhambra adalah adalah Tapak Warisan Dunia UNESCO dan telah menjadi irama beberapa lagu dan cerita.
Perhiasannya terdiri daripada inskripsi Arab yang dihiasi di dalam acuan geometri. Moji-mozek berjubin dengan corak matematik yang rumit digunakan sebagai panel untuk bahagian bawah binaan.
Selain dari rujukan sejarah, terdapat banyak lagi tempat untuk dilawati- dari Alcazaba dan istana-istana, Hall of the Boat, tempat mandian umum,  Patio of the Lions, Comares dan Justice Gate.
Pro Tip: Disebabkan pelancong yang terlalu ramai pada kemuncak musim panas, adalah disarankan untuk anda menempah pakej lawatan dan tiket terlebih dahulu bagi mengelakkan kekecewaan. Sebaiknya, rancanglah lawatan anda pada musim sejuk untuk mengelakkan pelancong yang ramai.
Jangan lupa menghilangkan dahaga anda dengan bekalan air dalam perjalanan anda! Adalah diingat bahawa, anda perlu menyebut dengan jelas kepada vendor tiket anda tentang masa lawatan anda. Ketepatan waktu adalah penting kerana sebarag kelewatan tidak diterima.
Cara menuju ke sana
Anda boleh meniki bas mini merah Alhambra Bus C3, yang bergerak setiap 10 minit dari Plaza Nueva ke Alhambra. Perhentian yang anda perlu perhatikan adalah ‘Generalife’.
Harga tiket adalah dan €1.20 boleh dibeli terus dari bas. Jika anda merancang untuk tinggal di Granada beberapa hari dan anda akan menggunakan pengangkutan bas tujuh kali atau lebih, adalah lebih baik anda membeli Travel Card yang dipanggil Bonobus. Dengan cara ini, perbelanjaan anda menjadi lebih jimat.
Dari Hab Granada, tambang taxi berharga lebih kurang €6 to €8, manakala dari stesen bas Granada pula lebih kurang €10 to €12.
Kereta tidak dibenarkan memasuki Alhambra tetapi terdapat tempat letak kereta bersebelahan dengan monument tersebut. Bayaran yang dikenakan lebih kurang €2.50/jam.
Alamat: C/ SAN ANTON, 72, Ed. Real Centre, 1º Izquierda - LOCAL 39. 18005 Granada SepanyolWaktu operasi: 1 April hingga 14 Oktober
                         Lawatan siang | 8.30AM to 8PM (Isnin-Ahad)
                         Lawatan malam | 10PM to 11.30PM (Selasa-Sabtu)
                         15 Oktober hingga 31 Mac
                         Lawatan siang | 8.30AM to 6PM (Selasa-Sabtu)
                         Lawatan malam | 8PM to 9.30PM (Jumaat-Sabtu)
Harga tiket masuk: €14 (Rujuk sini untuk pilihan tiket)
Hubungi: (+34) 902 88 80 01 (Kontak Tempatan-Sepanyol) | +34 958 926 031 (Kontak Antarabangsa)
Laman web: www.alhambra.org
Restoran Halal berdekatan
  • Puerta de Syria
  • Kabab King No 1 / Kebab Granada

No comments:

Post a Comment