Pages

Katedral Seville - Santa Maria de la Sede Cathedral


Related image


Related image


Dengan keluasan 11,520 m2Katedral Seville  atau lebih popular dengan nama Santa Maria de la Sede Cathedral  adalah katedral gotik terbesar di dunia.
Ia adalah kota utama Khalifah Umayyah dari abad ke-8 hingga abad ke-13 sehingga ketika Seville ditawan oleh orang Kristian pada kurun ke-12, mereka memutuskan untuk menggunakan masjid sebagai gereja.
Pekerja-pekerja pembinaan memelihara beberapa ciri antik masjid seperti sahn masjid iaitu tempat mengambil wudu’ yang kini dikenali sebagai Patio de los Naranjos. Terdapat air pancut dan pokok oren di dalamnya. Tidak dilupakan juga Minaret yang terkenal yang telah diubah menjadi menara loceng bernama La Giralda.

Organ Katedral

Di dalamnya terdapat laluan nave terpanjang berbanding mana-mana katedral di Sepanyol. Laluan nave paling dalam mempunyai ketinggian sehingga 42 meter. Di tengah-tengah katedral, ciri-ciri yang paling jelas adalah loteng paduan suara yang besar, yang mengambil bahagian pertengahan nave dan bingkai Gothic yang besar yang diukir keadaan kehidupan Christ. Karya seni ini adalah hasil seorang seniman bernama Pierre Dancart, yang menyiapkan karyanya seorang diri.
Memandangkan para pelancong perlu menggunakan banyak tenaga untuk meneroka seluruh kawasan ini, anda digalakkan untuk membawa snek dan air untuk kekal bertenaga. (Jangan lupa menggunakan kasut yang selesa! Sliper dan sandal sangat-sangat tidak digalakkan).
Cara menuju ke sana
Anda boleh ke Katedral Seville (Catedral de Sevilla) dengan Bas, Metro atau kereta api. Berikut adalah line dan laluan yang mempunyai hentian berdekatan.
Metro: L1
Kereta api: C4
Bas: 21, 37, C1, C4
Alamat: Avenida de la Constitución, s/n, 41004 Sevilla, Sepanyol
Waktu Operasi: 11AM to 3.30PM (Isnin)
                         11AM to 5PM (Selasa-Sabtu)
                         2.30PM to 6PM (Ahad)
                         Julai & Ogos (Kecuali 17 & 25 Julai)
                         10.30AM to 4PM (isnin)
                         10.30AM to 6PM (selasa-sabtu)
                         2PM to 7PM (Ahad)
                         Tutup pada 1, 6 Januari dan 25 Disember
                         (Rujuk sini untuk maklumat lanjut)
Harga tiket: €9 (Katedral, Giralda & Salvador)
                    €15 (Bumbung Katedral)
                    €12 | dengan minimum 10 orang setiap lawatan (Huella de lo Sagrado)
                    €4 (Hanya El Savador)
*Pada setiap hari Isnin, caj masuk ke Cathedral & Giralda adalah PERCUMA
(Rujuk sini untuk pilihan tiket)
Kontak: (+34) 902 09 96 92
Laman web: www.catedraldesevilla.es

No comments:

Post a Comment